Modul Latihan

Sabtu, 25 Februari 2012

Modul latihan Sejarah Tingkatan 3 semua bab di sini

Modul Latihan

Dapatkan latihan anda di sini

Modul Latihan

Sila download latihan anda di sini

Koleksi Video Sejarah Tingkatan 3

Koleksi Video Sejarah Tingkatan 3

Koleksi Gambar Sejarah Tingkatan 3

Zaman Pendudukan Jepun di Negara Kita














Pengumuman

Ujian Pra Selaras 1 Sejarah akan di adakan pada 28 Februari 2012 pada prep malam. Diharap semua pelajar bersedia untuk ujian tersebut.

Harap Maklum

Pengumuman

Kepada Semua pelajar diharap sentiasa peka dan bersedia untuk Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 bagi tahun 2012. Sehingga hari ini cikgu belum mendapat soalan kerja kursu. Di harap pelajar sentiasa mengikuti perkembangan blog cikgu dari semasa ke semasa.

Pengumuman

Kelas OAP Sejarah Tingkatan 3 akan diadakan pada 26 Februari 2012 bertempat di surau pada jam 3.00 Petang. Kehadiran adalah di wajibkan. Sila bawa buku kerja anda.

Pengumuman

Kelas Intervention Sejarah akan diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 2.30- 5.00 Petang. Pelajar yang terlibat sila hadir. Pelajar boleh menyemak nama di papan kenyataan di Bilik Guru.

Harap Maklum

Pengumuman

Kepada pelajar tingkatan tiga, Ujian Selaras 1 untuk Sejarah akan berlangsung pada 29 Februari 2012. Di harap pelajar dapat mengulangkaji untuk Bab 3 dan Bab 4.

Kecemerlangan Sejarah bermula dari Sekarang,

Malaysia Yang Berdaulat

BAB 7
MALAYSIA YANG BERDAULAT


7.1 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
• Ditadbir dalam satu unit politik

IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
• Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British
• Gabungkan negeri2 berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia

CADANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

• Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan2 Luar Asia Tenggara
• Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961
• Mendapat sambutan positif pemimpin2 wilayah terbabit
• Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
• Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin2 wilayah terlibat
• Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat
• Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”

MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

i. Mempercepatkan Kemerdekaan:
• Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz & berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri
• Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak & Singapura

ii. Keseimbangan Kaum:
• Mengimbangi penduduk Melayu & bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia

iii. Memajukan Sosioekonomi:
• Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
• Menyatukan sumber tenaga manusia & sumber asli di kalangan negeri
• Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
• Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
• Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah & Brunei

iv. Keselamatan & Kestabilan Negara:
• Selamatkan Singapuea & Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis

7.2 REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada;
a. Negeri2 Terlibat
b. Negara2 Jiran
c. Negara2 Barat

a. Reaksi Negeri2 Terlibat:

i. Tanah Melayu:
• Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu
• Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya
• Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
• Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

ii. Singapura:
• Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
• Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri
• Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
• Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
• Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan

iii. Sabah:
• Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti2 politik baru
• Antaranya;
a. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
b. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
c. Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
d. Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
e. Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak & Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
• Kesannya;
a. Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
b. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962
c. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan

iv. Sarawak:
• Antara reaksinya adalah;
a. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh
b. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong
c. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh
e. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
f. Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh
• Kesannya;
a. Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP
b. Parti2 tersebut membentuk Perikatan Sarawak
c. Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

v. Brunei:
• Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
• Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
• Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
• Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak & Sabah
• Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
• Rundingan dilaksanakan hingga ke sata2 akhir
• Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut;
a. Isu minyak
b. Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong

b. Reaksi Negara Jiran:

i. Indonesia:
• Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
• Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut
• Akhirnya pendirian Indonesia berubah & tidak menyokong gagasan kerana;
a. Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)
b. PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
c. Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya
d. Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk – Indonesia Raya

ii. Filipina:
• Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
• British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
• Laporan Suruhanjaya Cobbold & Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia

c. Negara2 Barat:
• Disokong oleh kerajaan Britain & Amerika Syarikat
• Mereka sokong kerana;
a. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
b. Pengaruh komunis juga dapat disekat

7.3 Perjanjian & Perisytiharan Persekutuan Malaysia

Langkah2 Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia

Langkah 1:
• 27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

Langkah 2:
• Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
• Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin2 Sarawak & Sabah
• Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold

Langkah 3:
• Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak & Sabah
• Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 4:
• Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
• Matlamat – bincangkan hak & kepentingan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
• Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan

Langkah 4:
• Penubuhan Referendum Singapura
• Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
• Hasil – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 5:
• Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
• Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak & Sabah atas permintaan Indonesia & Filipina
• Hasil – penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai Malaysia

Langkah 6:
• 16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold:
• Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah & Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia
• Ahli – Muhammad Ghazali bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston & Anthony Abell
• Hasil laporan:
i. satu per tiga penduduk Sabah & Sarawak menyokong
ii. satu per tiga penduduk sokong tapi dgn syarat kepentingan mereka dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah & Sarawak merdeka dahulu sebelum sertai Malaysia
• laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai pembentukan Malaysia


PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara
• 9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
• Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan
iv. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
v. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen & perkhidmatan awam
vi. Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

• Isi perjanjian kemudian dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia
• Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili Donald Stephens
• Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang di-Pertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman
• 16 September 1963 - Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
• Sebanyak 101 das tembakan meriam & laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan
• Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota kinabalu, Sabah
• Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita Harian

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah:
• Tiada agama rasmi
• Kebebasan beragama
• Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
• Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
• Malaysia menjadi nama persekutuan
• Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan
• Peruntukan kerusi parlimen
• Pelantikan ketua negeri oleh ratu British & Yang di-Pertuan Agong

KONFRONTASI DAN PERDAMAIAN
• Maksud konfrontasi - sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Indonesia & Filipina
• Sebab2 berlaku - Indonesia & Filipina enggan iktiraf penubuhan Malaysia
• kesan:
- berlaku konfrontasi & tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak & Sabah
- hubungan Indonesia & Malaysia tegang
• Konfrontasi didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI)

Usaha Ke Arah Perdamaian Malaysia - Indonesia
• Mei 1963 - Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo antara Tunku Abdul Rahman & Presiden Sukarno

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak


BAB 6
PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH


6.1 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK

• Sarawak dikuasai oleh keluarga Brooke
• Tahun 1941 Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak
• Perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Sarawak diserang oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945

Sarawak Selepas Kekalahan Jepun:
• Selepas PD II British perkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada 10 September 1945
• Antara peranan PTB ialah;
i. Mengembalikan ketenteraman Sarawak
ii. Memulihkan ekonomi Sarawak
iii. Mengemas kini pentadbiran Sarawak

• Sarawak dikuasai PTB sehingga 1 Julai 1945

SARAWAK DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

• British berusaha mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada keluarga Brooke
• Charles Vyner Brooke ambil keputusan serahkan Sarawak kepada British
• Charles Vyner Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang terakhir
• Antara sebab2 yang mendorong penyerahan Sarawak kepada British;
i. Desakan kerajaan British agar keluarga Brooke serahkan Sarawak demi pelaburan British terjamin di Sarawak
ii. Pertikaian keluarga Brooke – Charles Vyner Brooke sudah tua & ingin bersara tetapi tiada waris pengganti kecuali anak saudaranya Anthony Brooke
iii. Masalah kewangan kerana Sarawak musnah akibat perang & Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk bangunkan semula Sarawak

Peristiwa Penyerahan Sarawak:
• Disember 1945 rundingan dibuat antara Charles Vyner Brooke dengan British
• Brooke diwakili Gerard T. MacBryan diutus untuk dapatkan tandatangan ketua2 bumiputera & pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak
• Gerard T. MacByran berjaya mendapatkan persetujuan dengan cara tipu helah
• 8 Februari 1946 Charles Vyner Brooke isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinngi Sarawak untuk serahkan Sarawak kepada British
• timbulkan bantahan pelbagai pihak terutama orang Melayu & Iban
• Akibatnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke dapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan & demokrasi
• Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri
• Setelah bersidang selama 3 hari Majlis Negeri luluskan Rang Undang2 Penyerahan Sarawak atau Cession Bill
• 18 undi menyokong penyerahan & 16 undi menentang
• Usul penyerahan disokong oleh ahli bukan bumiputera
• Pada 1 Julai 1946 British isytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British
• Sir Charles Arden Clarke dilantik Gabenor British pertama di Sarawak

GERAKAN ANTIPENYERAHAN DI SARAWAK

• Penyerahan Sarawak kepada British dibantah orang Melayu & Iban
• Gerakan ini berlaku dari 1946 hingga 1949
• Masyarakat Melayu diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi Haji Mohammad Kassim
• Beliau merupakan ketua datu2 masyarakat Melayu & kaum Melayu terpelajar & seorang bekas guru
• Bantahan turut disertai oleh;
i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPMS)
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

• Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Antipenyerahan Sarawak

Faktor Berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak:
• Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Sarawak yang menjanjikan kerajaan sendiri
• Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua2 bumiputera & melalui tipu muslihat
• Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke (anak saudara) dilantik sebagai Rajah Sarawak yang baru demi meudahkan tuntutan kemerdekaan Sarawak

PENENTANGAN & REAKSI BRITISH

Cara Penentangan:
i. Menghantar Surat Bantahan
• Golongan antipenyerahan bertindak menghantar surat bantahan, kawat & telegram kepada British
• British tidak mengendahkan bantahan

ii. Menampal Poster
• Poster ditampal di seluruh pelosok kampung
• Setiap kampung dikerah membuat poster & sepanduk
• Antara kata2 yang ditulis ialah;
a. “Kami Membantah dengan Sekeras-kerasnya Atas Tindakan Brooke Menyerahkan Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”
b. “Sarawak Adalah Hak Kami. Leburkan Kolonial”

iii. Penglibatan Kaum Wanita
• Wanita terlibat dalam demonstrasi penentangan
• Antaranya;
a. Kaum ibu PKMS diketuai Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat sokongan & simpati orang Iban
b. Kaum ibu BPM seperti Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah & Cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa & tenaga

Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak:
• British dapati golongan antipenyerahan daripada kalangan kakitangan kerajaan terutama guru Melayu
• Disember 1946 British keluarkan notis iaitu Pekeliling No.9
• Ia berkaitan amaran British kepada kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan
• Ia menambahkan lagi kemarahan kepada British
• 2 April 1947 seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
• Sebahagian besar adalah guru Melayu
• Akibatnya 22 buah sekolah kerajaan terpaksa ditutup
• Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian & membantah pekeliling tersebut
• Kesan;
- berlaku tunjuk perasaan besar2-an setiap 1 Julai
- terbesar di Kuching pada 1 Julai 1947 disertai PKMS, BPM & PDS
- membantah pelantikan Gabenor Sarawak pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke
• Penentangan bertambah hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) mengadakan perhimpunan yang dihadiri 250 orang perwakilan bumiputera seluruh cawangan BPM

Reaksi & Tindakan British:

i. Reaksi British Peringkat awal:
• Awalnya British anggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara & tidak lama
• Anggapan British meleset kerana gerakan mendapat sokongan rakyat Sarawak
• Antara tindakan British;
a. British giatkan usaha untuk melemahkan gerakan dengan pecahbelahkan perpaduan kaum
b. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA) yang sokong penyerahan Sarawak kepada British
c. British melaga2kan orang Melayu dengan orang Dayak supaya kedua2 bertelagah
d. British memburuk2kan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanya untuk kekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak sahaja
e. British persenda, hina & cemuh golongan antipenyerahan dalam majlis2 rasmi mereka
• Kesan-kesan;
a. Tahun 1947 gerakan antipenyerahan makin lemah akibat pelbagai propaganda British
b. Golongan muda BPM Sibu tubuhkan ‘Rukun Tiga Belas’ yang bercorak radikal – bersumpah hapuskan pemimpin Eropah & Melayu yang bersubahat
• Rosli Dhobi (anggota Rukun 13) ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward iaitu Gabenor Sarawak ke-2 di Sibu
• Rosli Dhobi merupakan pejuang Rukun 13 yang sanggup berkorban diri untuk bebaskan tanah air
• Beliau menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros iaitu bertajuk ‘PanggilanMu Yang Suci’

ii. Reaksi British Secara Kekerasan:
• 3 Disember 1949 Sir Duncan Steward melawat Sibu
• Beliau ditikam oleh Rosli Dhobi dengan sebilah pisau
• Seminggu kemudian Sir Duncan Steward meninggal dunia di hospital Singapura
• British bertekad gunakan kekerasan perangi golongan antipenyerahan
• Mereka yang didapati bersalah dihukum gantung sampai mati iaitu;
a. Rosli Dhobi
b. Awang Rambli Mohd Deli
c. Bujang Suntong
d. Morshidi Sidek
• Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan
• British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak
• Kesannya;
a. British berjaya lumpuhkan gerakan antipenyerahan
b. Awal 1950-an British kukuhkan kedudukan di Sarawak
c. British kekal berkuasa hingga tahun 1963

LANGKAH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK
• Antara langkah yang diambil;

i. Pentadbiran Sarawak Disusun Semula:
• Bermula tahun 1946
• Tujuan memudahkan pentadbiran Sarawak
• Sarawak terbahagi 5 bahagian
• Setiap bahagian diketuai seorang Residen British
• Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa daerah yang diketuai seorang Pegawai Daerah

ii. Pembentukan Majlis Tempatan:
• Dibentuk oleh British pada 1947
• Tujuan beri peluang kepada ahli2 dilantik ambil bahagian dalam pentadbiran tempatan
• Fungsi Majlis Tempatan;
a. Menguruskan pelajaran rendah
b. Bekalan air
c. Jalan raya
d. Kesihatan
e. Mengawal perbelanjaan
f. Mengutip cukai kepala & cukai2 lain

iii. Pindaan Ahli Majlis Negeri & Ahli Majlis Tertinggi;
• Jumlah ahli dipinda pada tahun 1956
• Pindaan berkuatkuasa mulai April 1957 dengan jumlah keahlian seramai 10 orang

PENUBUHAN PARTI POLITIK DI SARAWAK

• Tahun 1956 diperkenalkan Perlembagaan Sarawak
• Beberapa parti politik ditubuhkan sehingga tahun 1963, antaranya;

i. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP):
• Ditubuhkan pada 12 Jun 1959
• Diasaskan oleh Ong Kee Hui & Stephen Young
• Matlamat penubuhan;
a. Mewujudkan perpaduan & kesetiaan rakyat Sarawak
b. Menyatupadukan kaum di Sarawak

ii. Parti Negara Sarawak (PANAS):
• Ditubuhkan pada 9 April 1960
• Diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha
• Matlamat penubuhan;
a. Mewujudkan keharmonian kaum di Sarawak
b. Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah
c. Mempertingkatkan kedudukan politik, ekonomi & sosial bumiputera

iii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP):
• Ditubuhkan pada 10 April 1961
• Diasaskan oleh Stephen Kalong Ningkan
• Tujuan penubuhan;
a. Perjuangkan hak & kepentingan orang Iban Sarawak
b. Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak

iv. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA):
• Ditubuhkan pada 4 Disember 1961
• Diasaskan oleh Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman
• Matlamat penubuhan;
a. Menuntut hak istimewa penduduk bumiputera
b. Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak
c. Mewujudkan keharmonian rakyat
d. Selamatkan rakyat dari ancaman komunis
e. Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

v. Persatuan Cina Sarawak (SCA):
• Ditubuhkan pada Julai 1962
• Diasaskan oleh William Tan
• Matlamat – berusaha ke arah perpaduan orang Cina

vi. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA):
• Ditubuhkan pada Ogos 1962
• Diasaskan oleh Temenggung Jugah
• Matlamat – membantu orang Dayak mencapai perpaduan & menjamin hak dalam perlembagaan

PENUBUHAN PERIKATAN SARAWAK

• Perikatan Sarawak dibentuk pada November 1962
• Tujuan menghadapi pilihan raya tahun 1963
• Menang 138 kerusi
• Perikatan Sarawak terdiri daripada gabungan parti2 politik seperti;
a. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
b. Parti Negara Sarawak (PANAS)
c. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
e. Persatuan Cina Sarawak (SCA)

6.2 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH

Sabah Selepas Jepun kalah:
• Selepas PD2 Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British (PTB)
• PTB berusaha kembalikan keamanan & ketenteraman
• Pemerintahan PTB berakhir mulai 15 Julai 1945

SABAH DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

• Pada 26 Jun 1946 British tantdatangani perjanjian dengan SBUB
• Mengikut perjanjian, Borneo Utara menjadi tanah jajahan British mulai 15 Julai 1946
• Antara sebab Sabah diserahkan kepada British;
a. Desakan pelabur & pemodal Eropah supaya menjaga kepentingan
b. Mengeksploitasi sumber bahan mentah Sabah seperti kayu balak, kelapa kering, tembakau & hasil tradisional
c. Menjamin kedudukan & keselamatan British di Asia Tenggara kerana Sabah berada di tengah2 jalan perdagangan antara Singapura & Hong Kong
• Penyerahan Sabah tiada tentangan hebat penduduk tempatan
• Penentangan hanya dilakukan oleh waris Kesultanan Sulu yang anggap Sabah sebagai miliknya
• Pertubuhan yang ada di Sabah hanya berjuang perbaiki keadaan politik & ekonomi seperti;
a. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
b. Barisan Pemuda (BARIP)


LANGKAH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SABAH

• Bermula tahun 1950 langkah2 diambil oleh British untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri
• Antaranya;

i. Memperkenalkan Perlembagaan Baru;
• Bermula tahun 1950
• Melalui Perlembagaan, Majlis Kerja & Majlis Undangan ditubuhkan
• Wakil2 anak negeri diberi peluang terlibat dalam pemerintahan negeri sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan
• Tokoh tempatan terlibat seperti;
a. Donald Stephens
b. Tun Datu Mustapha Datu Harun

ii. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Tempatan;
• Bermula tahun 1952
• Tujuan untuk memilih perwakilan secara demokrasi

iii. Pindaan Perlembagaan;
• Bermula tahun 1960
• British pinda perlembagaan
• Tujuan menambah jumlah pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan
• Semua ahli dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi oleh Gabenor British

iv. Pilihan Raya Majlis Undangan:
• Diperkenalkan tahun 1962


PENUBUHAN PARTI POLITIK DI SABAH

• Banyak parti politik di Sabah muncul selepas pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
• Banyak parti politik ditubuhkan dalam tempoh 15 bulan selepas itu
• Antara parti politik Sabah sebelum 1963;

i. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO):
• Ditubuhkan pada 23 Disember 1961
• Diasaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
• Matlamat penubuhan;
a. Perjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim
b. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
c. Perjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi
d. Menukar nama Borneo kepada Sabah

ii. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO):
• Ditubuhkan pada Ogos 1961
• Diasaskan oleh Donald Stephens atau Tun Fuad Stephens
• Matlamat penubuhan – menjaga kepentingan & memelihara hak orang Kadazan Dusun

iii. Persatuan Cina Sabah (SCA):
• Ditubuhkan pada Oktober 1962
• Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew & Peter Chin
• Merupakan gabungan 2 buah parti iaitu Parti Bersatu & Parti Demokratik
• Matlamat penubuhan – melindungi hak orang Cina

iv. Pasok Momogun:
• Ditubuhkan pada Januari 1962
• Diasaskan oleh Orang Kaya2 Sedomon & G.S. Sundang
• Matlamat penubuhan – melindungi kepentingan penduduk di kawasan pedalaman Sabah


PENUBUHAN PARTI PERIKATAN SABAH

• Tujuan penubuhan Parti Perikatan Sabah untuk ambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1962
• Parti perikatan sabah mendapat kejayaan cemerlang
• Antara parti politik terlibat;
a. UNKO
b. USNO
c. SCA
d. Pasok Momogun

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

BAB 5
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957


5.1 ROMBONGAN MERDEKA:
• Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan
• Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946
• Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Ketua Menteri berunding dengan Raja2 Melayu & British untuk mendapatkan kemerdekaan
• Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British
• Rombongan Merdeka dibentuk
• Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti Perikatan
• Rombongan ke London diketuai oleh TAR
• Orang ramai memberi sokongan padu

Anggota Rombongan Merdeka:

a. Wakil Parti Perikatan
• Tunku Abdul Rahman (Ketua)
• Tun Dr Ismail
• Tun H.S. Lee
• Tun Abdul Razak

b. Wakil Raja2 Melayu
• Dato Panglima Bukit Gantang
• Abdul Aziz Othman
• Dato’ Mohd Seth
• Dato’ Nik Ahmed Kamil

Matlamat Rombongan Merdeka:
• Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di London
• Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan
• Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

Perjanjian London:
• Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British
• Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
• Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian
• Antara perkara yang dipersetujui;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan & kepentingan ekonomi British di PTM
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan


• Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956
• Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
• TAR & rombongan diiringi Pemuda UMNO Melaka
• TAR isytiharkan tarikh merdeka dengan seruan merdeka
• Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh semangat

5.2 PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU:
• Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting
• Parti Perikatan bersetujudengan penubuhan suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid:
• Dibentuk pada Mac 1956
• Tujuan menyusun perlembagaan PTM
• Dipengerusikan Lord William Reid
• Tugas Suruhanjaya Reid;
i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri
iii. Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu
iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM

• Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada pelbagai pihak termasuk Raja2 Melayu
• Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk & parti politik tempatan
• Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak
• Antaranya;
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri
ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu
iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
iv. Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi bahasa pengantar di sekolah masing2
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan

• Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur antara kaum
• Ia membolehkan kerajaan berdemokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
• Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan
• Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British pada Jun 1957
• Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
• Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan British di Kuala Lumpur
• Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad (1957-1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid:
• Lord William Reid
• Sir Ivor Jennings (England)
• Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia)
• Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
• Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Perlembagaan Merdeka:
• Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat & Dewan Negara
iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah kabinet
v. Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu & kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan
viii. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain

5.3 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN:
• Bermaksud perisytiharan atau pengumuman penting
• Pemasyhuran kemerdekaan bererti PTM telah bebas daripada penjajahan selama2nya

Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan:

i. Peristiwa Sebelum Pemasyhuran:
• Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957
• Kemudian bendera PTM dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO
• Disaksikan ribuan rakyat dengan sorakan, tepukan gemuruh & laungan merdeka

ii. Peristiwa Hari Pemasyhuran:
• Dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
• Stadium ini dibina khas untuk upacara perisytiharan kemerdekaan negara siap sehari sebelum majlis
• Tujuan pembinaan stadium – untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka
• Disaksikan ribuan rakyat
• Raja2 Melayu berseri2 dengan pakaian songket berkilau & dipayungi payung diraja
• Raja2 Melayu duduk berbaris di pentas khas
• Wakil Ratu Elizabeth iaitu Duke of Wellington bersedia dengan watikah penyerahan kuasa
• Antara atur cara majlis;
i. Ucapan wakil Ratu England
ii. Wakil Ratu England menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara PTM)
iii. TAR membaca perisytiharan tersebut dengan lantang
iv. TAR melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak 7 kali dengan disambut oleh hadirin

Maksud Simbolik Di Sebalik Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan:
• Menandakan kuasa politik negara dikembalikan semula kepada pemerintah tempatan
• Menandakan PTM bebas setelah dikuasai selama 446 tahun
• Pemulangan dilakukan British dengan penuh tertib & bersopan
• Laungan merdeka menandakan laungan semangat & kegembiraan rakyat
• Ia menandakan segala perjuangan rakyat berhasil untuk membina sebuah negara yang berdaulat & merdeka

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan:
• Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
• Ditulis dalam 2 bahasa – bahasa Melayu (Tulisan Jawi) & bahasa Inggeris
• Kemudian ia ditulis semula dalam tulisan Rumi
• Antara kandungan;
i. PTM mencapai taraf negara merdeka & berdaulat setaraf negara lain di dunia
ii. Raja2 Melayu & Ratu England tandatangani Perjanjian PTM 1957 bagi membentuk PTM
iii. Semua penguasaan Ratu England & Parlimen British ke atas NNS terbatal
iv. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
v. PTM yang merdeka mengandungi – Johor, Pahang, N9, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka & Pulau Pinang
vi. PM merupakan negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.