Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

Sabtu, 25 Februari 2012


BAB 3
ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAY & DARURAT

• PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya

3.1 PENYUSUPAN & KEGIATAN PENGGANAS MOMUNIS

Asal-Usul Fahaman Komunis
• Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
• Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
• Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
• Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
• Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
• Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah & perindustrian
• Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

Cara Fahaman Komunis Tersebar Di Tanah Melayu
• Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
• Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
• Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
• Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana;
• Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
• Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
• Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

Penubuhan PKM
• PKM ditubuhkan pada tahun 1930
• Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
• PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
• Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
• PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
• Tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
• Antara kegiatannya;
• Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
• Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
• PKM melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
• Buktinya;
• Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
• British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
• Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai TM:
• PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
• Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
• Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
• PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
• British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun:
• Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
• PKM bersetuju bubarkan MPAJA
• Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
• Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
• PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

Keganasan Komunis
• Tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
• Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
• Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
• PKM memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
• PKM menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
• Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
• PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
• Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

3.2 LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

Pengisytiharan Darurat
• Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
• Peristiswa ini menggemparkan British
• Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh TM
• Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di TM
• Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
• Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
• Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

British Mengharamkan PKM & Parti2 Yang Berhaluan Kiri
• PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
• Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
• Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
• Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
• Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
• Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
• Parti Hizbul Muslimin

Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

i. Menambah Anggota Polis & Tentara
• Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
• British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
• Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di TM

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
• Ditubuhkan di peringkat kampung
• Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
• Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita
• Kesan;
• Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
• Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
• Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan & keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
• Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
• Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British

Rancangan Briggs
• Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
• Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
• Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
• Digelar ‘kampung baru’
• Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
• Tujuan – menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis
• Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di TM apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
• Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan & ubat kepada pengganas komunis
• Anggotan Min Yuen – pekerja lombong & ladang

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
• Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh TM
• Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik & air paip
• Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
• Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
• Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
• Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat
• Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
• MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina & menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
• Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru

Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru

i. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
• Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
• Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
• Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

ii. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
• Tujuan – mengawal pergerakan penduduk
• Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
• Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
• Sokongan terhadap PKM semakin merosot
• Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
• PKM berundur ke selatan Thailand

Perang Saraf
• Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati & fikiran rakyat”
• Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
• Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
• Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf

i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
• Dilaksanakan dengan jayanya
• Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
• Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
• Risalah diedarkan ke seluruh TM
• Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
• Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih”
• Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
• Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
• Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
• Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan
• Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
• Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
• Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM
• Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
• Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
• Contoh;
• Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
• Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua
• Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
• Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
• Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis
• Contoh;
• Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
• Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
• Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM
• Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
• Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
• Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

Pengampunan Beramai-Ramai
• Tujuan – menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
• Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu & Tamil
• setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
• Poster ditampal di serata tempat
• Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

Pertemuan Baling
• Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat
• Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
• Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
• Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
• Rundingan ini diwakili oleh;
• Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock
• Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin
• Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata & menyerah diri
• Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
• Hasilnya – pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
• Alasan Tunku Abdul Rahman;
• Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di TM
• Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila2 masa jika PKM berubah fikiran
• TM mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi
• Apabila TM merdeka pengaruh komunis semakin merosot
• Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat

3.3 KESAN DARURAT
Kesan Politik

i. Undang2 Darurat 1948
• Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
• Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen

ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
• Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
• Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
• Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM
• Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
• Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka

iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
• Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
• Kesan;
• Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis
• Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

Kesan Ekonomi

i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
• Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
• Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
• Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
• Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
• Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
• Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan;
• Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
• Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
• Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat
• Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
• Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

Kesan Sosial

i. Kecederaan & Kematian
• Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban
• Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah;
• Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera
• Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
• Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
• Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk TM
• Antaranya;
• Penduduk sukar bergerak
• Sukar mendapat bekalan makanan
• Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan
• Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
• Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
• Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

iii. Masalah Hubungan Kaum
• Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
• Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
• Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di TM

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
• Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran TM sendiri
• Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
• Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum


0 ulasan:

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.